Tuesday, December 17, 2013

Setelah dua tahun perpisahan dari SMK Dato' Penggawa Timun tak banyak rasanya perubahan dekat diri ni.Apa tidaknya sekolah dulu dekat masai dapat pulak IPT dekat depan rumah sendiri.Tapi alhamdulilah,berkat banyak main-main masa belajar dan doa para guru dan kedua ibubapa,sekarang tengah sambung belajar dekat Politeknik Premier(?) Ibrahim Sultan dan dah masuk semester ke empat.

Tak banyak cerita pun kalau nak dibukak sebab sekarang tengah Latihan Industri atau nama pekaknya jadi kuli untuk mana-mana syarikat ke,kedai ke,fast food etc.So nak ceritalah sikit tentang praktikalnya.Saya Mohamad Farhan Bin Jasman kini berada jauh sikit dari tanah air atau tepatnya di Siem Reap City,Kingdom Of Cambodia untuk menjalani latihan industri di My Hibiscus Hotel and Resort,company kepunyaan orang Malaysia sendiri.

Baru dua minggu di negara orang dan kebetulan pulak kawasan bandar ni tak besar mana pun.Setakat jalan kaki boleh kempis jugak la perut.Cuaca pun lebih kurang Cameron Highland iaitu suhu harian pada siang hari adalah 21°C dan malam boleh turun sampai 10 °C.Dekat sini meriah waktu malam dengan aktiviti beli dan belah selain kelab-kelab malam yang bersepah dimana-mana dan Siem Reap nilah terletaknya Angkor Watt.Nak pergi pulak tiketnya macam masuk Legoland bagi foreigner tapi bagi rakyat Kemboja atau mereka berbangsa Khmer adalah percuma dan boleh dikatakan jugak dekat Siem Reap ni syurga beli belah tapi jahanamlah nilai ringgit nak tukar US Dollar.

Jadi sampai sini dululah gamaknya bercerita dan ucapan selamat berjaya jua untuk member-member yang lain dialam pengajian tinggi.Till we meet again.Lea.
Sebelum berlepas di LCCT
Team DHKC Depan Myhibiscus

Night Market Street



Sewa basikal banglasia


Entah

Pub Street

Dua orang warga Kemboja

Lupa lepak dekat mana

Night Market Street Banner

No comments:

Post a Comment