Wednesday, December 18, 2013

Dah besar dah pakwe makweku semua

"Dah besar dah pakwe makweku semua" quotes yang brilliant ni aku ambil dari rakan kita Fameera so credit goes to her. So let's be formal in a moment, okey sayang ku sekalian? ;) Izinkan saya perkenalkan diri.  Nama, Mohamad Asyiq Qairy, 19 tahun, bukan ketua kelas, bukan penolong ketua kelas, tiada apa-apa jawatan. Hanya seorang yang periang dan kengkadang annoying bagi rakan-rakan nilam. hehe. Di kesempatan ini (Acah-acah speech gitu) nak ucapkan terima kasih kepada Opie, Farhan and Baem yang dah update blog and kongsi sikit cerita diorang. Lepas baca, rasa iri hati pulak, dengan ini kite pun nak kepoh jugaklah, kite nak bererita jugak haha. Harap tak sakit matalah membaca ye.

Rezeki aku tercampak ke Universiti Tenaga Nasional, Muadzam Shah, Pahang yang lebih di kenali sebagai Muadzamsterdam bagi pelajar di sini. Apa yang macam amsterdam pun tak taulah, At the first sight, ingatkan aku dapat campus Bangi rupenya kat sini kalau tak boleh dah lepak dengan Waris "duit den botingket-tingket" tu Haha. Serius nak cakap Muadzam ni tempat paling bosan, Tengah-tengah semenanjung sempadan Johor-Pahang. Sekali hujan, poof jadi pulau cinta. Haha.

Nak adapt hidup kat sini kekok sangat yelah, dah biasa dengan korang last-last berpecah semua. Tapi dah lama tu okey, member pun mula ramai. Nak cerita pencapaiaan takde apalah nak di banggakan sangat. Gitu-gitu jer, belajar, busy dengan assignment and sekarang ni aku terlibat dengan band tu jelah.


Sesi latihan kami (gambar nak dijakunkan) hehe.



Ini jelah pencapai aku, plus aku terlibat dengan Karnival Sukan Masiswa tahun lepas dan Insyaallah untuk Sukan IPT akan datang itu pun kalau ada rezeki.

Err, abang Kampuchea kita Mohamad Farhan kata suruh aku bercereka sedikit pasal buah hati. Segan nak cerita tapi, bagus jugak korang tau kan? haha. Boleh show off sikit. Gurau jelaa.Okeylah nama dia Siti Rafizah Abd Razak, asal Johor. Aku kenal dia kat sini, sebab dia junior aku. Insyaallah ada rezeki terikatlah satu tali perhubungan, yelah restu ayahnya sudah diperolehi. Mudah-mudahan.

Tapi tulah, kat sini aku selalu kena buli dengan dia. Apalah nasib -_-"

 Apa-apa pun kengkawan semua, aku cuma nak pesan. Alternatif yang kita ada blog ni, fb we nilam tu jeah nak merapatkan hubungan kita yang dah agak sepi ni. Mohon kalau ada silap dan salah kawan-kawan maafkanlah, tak seronok sebenarnya bila di kenang. Banyak juga perbalahan yang berpunca dari aku, oleh tu minta maaf sangat. Geng, kalau ada reunion kalau boleh datanglah meriahkan sama. Seingatlaa, tak pernah ada reunion kita cukup ahli. Pesanan ni untuk diri sendiri jugak. Rindu nak lepak kat pustaka pusat bandar belajar sesama, bergelak dalam kelas, outing sesama, berkaraoke, berboling, menari amboi-amboi dengan Amer, bergosip, kena denda bersama satu kelas. Semualah senang cerita, sampai sini jelah. Aku doakan yang terbaik untuk korang semua, so harap lepasni kita akan lebih mesra melalui blog ni. Sekian, salam rindu dari perantauan Amsterdam. haha




Miss you guys.


No comments:

Post a Comment