Assalamualaikum :)
Hi kawan-kawan. Pe cite semua? Hehe. Since aku dah baca post sekali comments kat group Nilam tu rasanya tak manis la kalau aku buat dang je kan. So, memandangkan tengah free sementara nak tunggu lecturer untuk 3 presentations ptg ni apa kata aku cerita sedikit sebanyak tentang kehidupan baru aku ;)
Aku yang sedang menaip ini bernama Nurul Adrina, takde apa-apa jawatan masa kelas Nilam dulu pun. Belangkas aku Tara tu. hihi. K, sekarang aku tengah study dekat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat. Dekat je kans... Hahaha. Aku masuk sini diserap under Program Persediaan Diploma yg aku buat 5 bulan lepas SPM tu. Kalau tak aku dah tercampak kat UiTM Segamat course Business Transportation. Kat sini aku pilih course IT even major sini engineering :)
Sekarang aku dalam semester 4, minggu depan dah study week tu yang busy memanjang. Salah satu sebab aku pilih UTHM berbanding UiTM sebab UTHM menawarkan pengajian 2 tahun setengah je, so cepat sikit grad kan... Tapi ada 7 sem semuanya termasuk sem pendek. Sekarang UTHM dah guna kalendar akademik sama dengan degree, so aku punye cuti, exam, semester semua sama dengan budak degree. So sape yg dah degree tu kita punye cuti sama la kan. hehe
Btw, kat sini aku sama course and sama kuliah dengan Fatin Naiemah utk semester ni. Dia pun sambung sini gak. Pastu ada la junior kita yg nama fb Lembayung Senja tu sambung sini gak tp tak sure course ape... Kitorang budak diploma nie kebanyakan kelas kat Kampus Bandar je, Kampus Induk tu mostly degree, master dgn phd yg guna. Kat sini pun ada ramai international student, but mostly awang hitam ler! Hahaha. Okay, kat sini ada 8 kolej kediaman and batch kitorang dijanjikan penginapan sepanjang pengajian. Kitorang yg course IT ni pulak ditempatkan kat kampus induk. Kolej Kediaman Tun Fatimah, org kata ni kolej elit UTHM. Ya, betul jugak. Kat kolej ni paling selesa sbb satu bilik 4 orang. 2 bilik kongsi 1 bilik air. Hehe takyah berebut! Lepas tu yang bestnya setiap bilik disediakan 4 kipas syiling, so sorang satu. Confirm tak panas tak sejuk, ikut suka kita je. Pastu meja belajar pun ada 4, sebelah katil je. Senang nak tido.. hahaha. Setiap meja belajar ada lampu panjang tu jugak, tapi still ada main lamp 2. So, jangan risau kalau nak stay up boleh je tutup main lamp bukak lampu sendiri. Takde la kawan nak tido terang2... Dah 2 sem ni aku duduk dgn rumet pilihan. sama course, sama kelas, g kelas pun sama2~
Kat sini aku aktif SISPA. Haritu Perhimpunan Kor Sispa buat kat UTHM, so banyak u datang sini. And for the second time UTHM dapat johan dalam pertandingan kemahiran kor sispa tu! :)


Cuma yang tak best nya pengurusan UTHM utk student diploma nie lemau sikit la. Takpe, nanti kat pagoh dah ade kampus baru khas utk student diploma :) Tapi aku tak sempat nak merasa... Yang paling best, library UTHM adalah library terbesar di Asia Tenggara. Kitorang panggil library donat je sbb rekabentuk dia bulat ade lubang kat tengah. hahaha

K tu je cerita aku pasal UTHM nie. hehehe. Nanti ada masa datanglah UTHM ;)